Sunday, 2 October 2022

Pertumbuhan KDNK, indikator positif ekonomi negara semakin berkembang

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 23 September- Sebarang dakwaan mengenai kedudukan ekonomi negara perlu berasaskan bukti dan data yang kukuh.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata tuduhan tanpa fakta tidak berasas boleh mengelirukan rakyat.

Jelasnya, prestasi positif pertumbuhan KDNK bagi tiga suku berturut-turut antara indikator positif utama yang menunjukkan ekonomi negara semakin berkembang.

"KDNK negara sebenarnya sudah naik 3 suku berturut-turut, suku keempat 2021 tumbuh 3.6 peratus, suku pertama tahun ini tumbuh 5 peratus dan suku kedua tahun ini tumbuh 8.9 peratus. Pertumbuhan tertinggi di Asia Tenggara bagi tempoh tersebut," katanya.

(Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)

Beliau menyatakan demikian menerusi video yang dimuatnaik di saluran youtubenya.

Selain KDNK, satu lagi petunjuk utama yang perlu menjadi rujukan adalah kadar pengangguran.

"Kadar pengangguran negara sebenarnya sudah turun selama 12 bulan berturut-turut. Kadar pengangguran terkini bagi Julai 2022 ialah 3.7 peratus berbanding puncaknya iaitu 5.3 peratus pada bulan Mei 2020," tambah beliau.

Zafrul menjelaskan penurunan kadar pengangguran turut menunjukkan perkembangan sektor perniagaan.