Wednesday, 28 September 2022

Zuraida komited bawa koko ke pasaran antarabangsa

  • Published in Ekonomi

PETALING JAYA, 23 September- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi komited untuk membawa koko ke pasaran antarabangsa terutamanya di negara-negara dunia ketiga.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata negara-negara seperti India, Pakistan dan Bangladesh bersedia untuk membeli koko dari Malaysia dengan harga yang berpatutan.


(Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,  Datuk Zuraida Kamaruddin)

"Negara-negara ini bersedia untuk mengambil coklat berkualiti tinggi harga sangat berpatutan mereka mampu untuk makan. Kalau dibandingkan dengan jenama American, jadi inilah pasaran yang kita hendak sediakan untuk pemain industri di Malaysia untuk negara luar," kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Muzium Coklat di sini, hari ini.

Jelas beliau, kerajaan juga sedang giat bekerjasama dengan syarikat antarabangsa bagi membawa masuk teknologi terkini untuk meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran koko tempatan.