Sunday, 2 October 2022

Nexus Residences dijangka siap pada 2026

  • Published in Ekonomi

SUBANG, 16 Ogos- Majuperak Holdings Bhd (MHB) bakal membangunkan hartanah kediaman pertama di luar Perak, dengan nilai pembangunan kasar RM122 juta.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata pembangunan Nexus Residences di Subang Selangor dijadual bermula suku keempat tahun ini dan dijangka siap pada 2026

Pembinaan 153 unit kediaman berkeluasan antara 1,309 kaki per segi dan 5,511 kaki per segi itu akan dilengkapi konsep dwikunci, sesuai bagi penghunian fleksibel dan pelaburan.

"Apa yang menjadikan konsep itu lebih menarik, ia dibina di kawasan yang membangun dengan kemudahan yang lengkap.

"Ia berdekatan kawasan pejabat, tempat beli-belah dan tempat tinggal, banyak peluang pekerjaan di sini," katanya.

(Datuk Redza Rafiq Abdul Razak)

Beliau bercakap pada sidang media majlis pecah tanah projek tersebut, di sini hari ini.

Redza Rafiq yakin lokasi strategik dan kemudahan ditawarkan akan memenuhi keperluan pembeli dari segmen disasarkan.

Unit kediaman itu ditawarkan pada harga bermula daripada RM803,400 dengan rebat sehingga RM80,000, yuran tempahan sifar dan diskaun tawaran awal 10 peratus.