Wednesday, 28 September 2022

Bursa Malaysia diniagakan tinggi

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Indeks penanda aras di Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi,  disokong oleh sentimen belian yang berterusan, sejajar dengan pergerakan positif di bursa serantau, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 10.58 mata kepada 1,514.59 berbanding 1,504.01 pada penutupan urus niaga Isnin.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini 0.08 mata lebih tinggi pada 1,504.09, dan berlegar antara 1,503.86 dan 1,516.21 di sepanjang sesi.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan bagaimanapun menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 377 berbanding 362, manakala 364 kaunter tidak berubah, 1,162 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.57 bilion unit bernilai RM1.07 bilion.

Menurut Rakuten Trade, pasaran dijangka bergerak dalam julat yang sempit hari ini, dengan indeks  berlegar sekitar julat 1,500-1,510.

(Indeks penanda aras di Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi,  disokong oleh sentimen
belian yang berterusan, sejajar dengan pergerakan positif di bursa serantau, kata peniaga/BERNAMA)


“Langkah mengejut bank pusat China mengurangkan kadar mungkin telah mencetuskan beberapa kebimbangan mengenai kemelesetan dan ini menyebabkan kedua-dua minyak sawit mentah dan minyak mentah Brent ditutup lebih rendah semalaman.

“Sementara itu, kami percaya minat belian dalam saham teknologi akan berterusan memandangkan prestasi kukuh oleh Nasdaq,” katanya dalam satu nota penyelidikan di sini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 1.0 sen kepada RM8.92, IHH Healthcare naik 4.0 sen kepada RM6.53 dan CIMB tidak berubah pada RM5.43, manakala Public Bank dan Petronas Chemicals susut 2.0 sen setiap satu kepada RM4.64 dan RM8.76.

Bagi saham aktif, Top Glove naik 3.5 sen kepada 83 sen dan Metronic Global menokok 1.5 sen kepada 6.0 sen, manakala Hartalega turun 19 sen kepada RM1.67 dan Borneo Oil tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 60.96 mata menjadi 10,721.50, Indeks FBMT 100 mengukuh 63.50 mata kepada 10,469.27 manakala Indeks FBM Emas Syariah mengembang 100.36 mata kepada 10,869.90.

Indeks FBM 70 turut naik 38.44 mata kepada 12,745.84 sementara FBM ACE susut 21.71 mata kepada 4,937.75.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 1.41 mata kepada 16,776.42 dan Indeks Tenaga berkurangan sebanyak 1.53 mata kepada 655.89, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian memperoleh 0.57 mata kepada 183.67 dan Indeks Perladangan melonjak 87.70 mata kepada 7,249.26. -BERNAMA