Wednesday, 28 September 2022

PERODUA tiada rancangan naikkan harga kereta

  • Published in Ekonomi

(Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad)

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengulangi pendirian suarikat itu untuk tidak menaikkan menaikan harga jualan kenderaan walaupun berdepan kenaikan kos pengeluaran yang dihadapi rata-rata pemain automotif di Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, peningkatan kos akan ditampung oleh syarikat sekaligus memastikan pelanggan terus menikmati harga jualan sedia ada.

Beliau berkata, sebagai pengeluar kenderaan nasional, syarikat itu akan terus menyokong pemerkasaan ekosistem automotif negara dan kelangsungan operasi vendor.

Kami berdepan detik sukar ketika ini. Peningkatan harga bahan mentah sememangnya luar biasa, antaranya harga keluli dan semua material plastik. Bagaimanapun, untuk baki tahun ini, kami memutuskan untuk tidak memindahkannya (kos kenaikan) kepada pelanggan.

“Perodua akan menyerap kos kenaikan dan bagaimana cara kami menguruskannya adalah antara kami dan pihak vendor. Dan kami juga akan menyokong beberapa vendor. Sokongan ini bermaksud mereka juga mampu bertahan dalam perniagaan masing-masing dan pembekalan (komponen).” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Ekosistem Transformasi Digital MIDA-PERODUA di ibu negara.

(Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengulangi pendirian suarikat itu untuk tidak
menaikkan menaikanharga jualan kenderaan walaupun berdepan kenaikan kos pengeluaran yang dihadapi rata-rata
pemain automotif di Malaysia)


Beliau berkata, vendor menjadi ekosistem penting dalam memastikan industri automotif negara kekal berdaya saing walaupun berdepan dengan pelbagai krisis termasuk peningkatan harga bahan mentah.

"Justeru, Perodua sentiasa memastikan ekosistem ini sentiasa terjaga, termasuk melaksanakan langkah transformasi dengan pelbagai pihak seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)." katanya.

Pada Januari lalu, PERODUA menyatakan pendirian tidak berhasrat menaikkan harga kenderaan keluaran syarikat itu sebaliknya lebih memilih untuk menyerap kos tambahan ekoran kenaikan harga bahan mentah termasuk besi.

Syarikat itu berhasrat untuk mengekalkan penanda arasnya sebagai pengeluar kereta nasional mampu milik.