Logo

Apple panggil semula kakitangan bertugas di pejabat

(Ibu pejabat Apple di Cupertino, California/REUTERS)

BENGALURU, 16 Ogos- Apple Inc menetapkan tarikh 5 September supaya kakitangan korporat kembali ke pejabat sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, lapor Bloomberg News.

Syarikat itu, yang memberitahu pekerja mengenai pelan baharu itu semalam, meminta kakitangan supaya bekerja pada Selasa, Khamis dan hari ketiga yang akan ditentukan oleh pasukan masing-masing, kata laporan berkenaan.

Pengeluar iPhone itu tidak memberikan maklum balas segera kepada permintaan Reuters untuk mendapatkan kenyataan.

Apple menyertai beberapa syarikat teknologi dan kewangan yang telah memulakan mandat untuk kembali ke pejabat ketika kes COVID-19 semakin reda.

Awal Jun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk meminta pekerja untuk kembali ke pejabat atau meninggalkan syarikat itu, menurut e-mel yang dihantar kepada kakitangan dan dilihat oleh Reuters. -REUTERS

((Apple mengarahkan kakitangan kembali ke pejabat bermula 5 September ini/REUTERS)

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.