Wednesday, 28 September 2022

Airasia food tawar perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Bermula hari ini, Airasia food menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar.

Buat permulaan, pelanggan di kawasan terpilih di Lembah Klang boleh memesan makanan pilihan mereka dari Pulau Pinang menerusi aplikasi AirAsia Super App.

Ketika ini, perkhidmatan penghantaran hanya ditawarkan pada hari tertentu setiap minggu, dengan caj penghantaran berpatutan RM5.99 sen setiap pesanan.

Para pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pra-tempahan makanan sehari sebelum penghantaran atau 30 hari lebih awal.

(Ketika ini perkhidmatan penghantaran hanya ditawarkan pada hari tertentu setiap minggu)

Selain menawarkan perkhidmatan yang unik kepada pelanggan, langkah itu juga memberi peluang kepada peniaga tempatan memanfaatkan ekosistem airasia.

Sebelum ini perkhidmatan sama turut ditawarkan di Thailand menerusi penghantaran makanan popular diterbangkan dari Phuket ke Bangkok.