Wednesday, 28 September 2022

Pertumbuhan kukuh KDNK pada suku kedua 2022 bukti strategi kerajaan urus ekonomi negara berkesan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) pada suku kedua 2022 telah menepis dakwaan bahawa kerajaan gagal menguruskan ekonomi negara.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia membuktikan strategi yang dilaksana kerajaan berkesan dalam mendepani cabaran pandemik dan isu ekonomi global.

"Kita akan terus kekalkan polisi kita, membuka sektor eknomi dan sempadan negara, tidak akan ditarik balik.

Bila kita buka dan tutup ia telah sebabkan kepercayaan kepada kerajaan kurang," katanya dalam sidang media selepas berucap pada Konvensyen Wanita BN di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Jelas beliau, meskipun situasi inflasi dijangka akan berterusan ekoran konflik Rusia-Ukraine, beliau optimis suku ketiga tahun ini akan terus berkembang.

"Ini hasil langkah proaktif kerajaan menangani isu berkenaan menerusi pelbagai inisiatif dan peranan jawatankuasa khas yang ditubuhkan," katanya lagi.