Wednesday, 28 September 2022

KDNK berkembang 8.9% bukti keberkesanan dasar fiskal kerajaan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Ogos- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 8.9% dicatat pada suku tahun kedua 2022, bukti keberkesanan dasar fiskal dilaksana kerajaan.

Prestasi itu juga adalah antara yang tertinggi dicatat pada suku sama dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Bagaimanapun Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr. Azmi Hassan berpendapat dasar fiskal bersifat akomodatif masih diperlukan demi menyokong usaha pemulihan.

Hal ini berdasarkan situasi global yang dijangka masih tidak menentu untuk suku tahun berikutnya.

"Walaupun Bank Negara mengunjurkan pertumbuhan kita kekal pada kadar sekitar 5.3 ke 6.3%, tidaklah sampai 8.9% kerana kita masih tak tahu lagi situasi pada suku tahun ketiga dan keempat disebabkan gangguan rantaian bekalan akibat perang di Ukraine dan perubahan iklim," katanya kepada RTM.

(Dr. Azmi Hassan)

Tambah Dr. Azmi, lebihan pendapatan negara mampu menyokong keperluan subsidi dan bantuan rakyat berdepan cabaran inflasi.