Wednesday, 28 September 2022

Ringgit ditutup tinggi berbanding Dolar AS

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dalam persekitaran sentimen pasaran bercampur-campur.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4545/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4548/4589 pada Selasa.

Peniaga berkata situasi tidak menentu kekal dalam kalangan pelabur serta cuti di India dan Singapura mengekalkan jumlah dagangan yang rendah di Asia manakala faktor lain seperti inflasi pengguna di China meningkat pada Julai kepada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun dan laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi tumpuan pasaran.


(Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS/Foto hiasan)

Sementara itu, ringgit ditutup bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2333/2356 daripada 3.2352/2383 dan naik berbanding pound kepada 5.3828/3858 daripada 5.3969/4005 sebelum ini.

Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3004/3025 daripada 3.2976/3022 pada Selasa, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 4.5547/5573 daripada 4.5610/5677 semalam.- BERNAMA