Wednesday, 28 September 2022

Lima pengeluar makanan ayam naikkan harga perlu kemuka representasi

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Lima syarikat pengisar makanan berkaitan bekalan ayam diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan representasi berhubung Keputusan Cadangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mendapati mereka melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2020.

Syarikat terbabit ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd, FFM Berhad, Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd, Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd.

Mereka dikesan menaikkan kuantum harga makanan ayam yang mengandungi kacang soya dan jagung sebagai bahan utama melalui perjanjian kartel.

Kesalahan itu dilakukan antara awal 2020 hingga pertengahan 2022.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail, memandangkan Keputusan Cadangan adalah dapatan awal hasil penyiasatan, maka tidak boleh diandaikan bahawa mana-mana syarikat terbabit melanggar undang-undang pada peringkat ini.

(Iskandar menyatakan lima pengeluar makanan ayam naikkan harga perlu kemuka
representasi)

"Setelah mendengar dan mempertimbangkan representasi bersama bukti yang dikumpul dalam proses penyiasatan, MYCC akan mengeluarkan keputusan akhir sama ada terdapat perlanggaran bawah akta persaingan 2010.

"Sekiranya terdapat perlanggaran, MYCC boleh mengenakan penalti kewangan sehingga 10% daripada pusing ganti seluruh dunia oleh syarikat-syarikat tersebut sepanjang tempoh perlanggaran itu. Selain daripada penalti, MYCC juga boleh mengenakan arahan tertentu yang dianggap wajar," kata Iskandar di sini.