ECERDC mahu tarik pelaburan daripada firma terkemuka Korea Selatan
- Written by Media Baharu
- Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berhasrat menarik pelaburan bernilai RM5 bilion daripada firma terkemuka Korea Selatan.
Pelaburan terarah kepada firma yang terlibat dalam sektor petromikimia, bahan kimia khusus dan termaju yang turut membabitkan potensi pembinaan kilang baharu di Terengganu.
Sebagai usaha menarik pelaburan berkenaan, ECERDC bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengadakan misi pelaburan ke Korea Selatan dari 25 Jun hingga 2 Julai lalu.
Delegasi turut mengadakan pertemuan bersama wakil sub sektor berpotensi lain, yang menunjukkan minat melabur dalam bidang bioteknologi, tenaga boleh diperbaharui dan perkhidmatan ICT.
Korea Selatan merupakan antara rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan berjumlah RM79.78 bilion pada tahun 2020.