Friday, 19 August 2022

MUN 2022 catat nilai jualan RM23.6 juta

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Sebanyak RM23.6 juta nilai jualan diperoleh sepanjang Minggu Usahawan Negara (MUN) 2022 yang berlangsung sejak Jumaat lalu.

Program tersebut turut berjaya menghasilkan padanan perniagaan antara usahawan kecil dengan pasaraya besar tempatan.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar program itu menarik kehadiran lebih 16,000 pengunjung.


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar)

"Jadi ini menunjukkan bahawa perkembangan pertumbuhan ekonomi telah kita pulihkan. Pada endemik ini saya lihat bahawa dalam bidang keusahawanan memainkan peranan penting untuk kita membangunkan ekonomi dalam negara kita dan yang lebih penting bagi saya, yang cukup sejarah bila Grabd bazaar ini siap.

"Kita lihat ini salah satu tempat yang memberikan peluang kepada usahwan kecil bumiputra yang dapat berniaga dalam pusat membeli belah", katanya.

Beliau berkata kepada media selepas melancarkan Minggu Usahawan Negara 2022 di ibu negara.