Friday, 19 August 2022

OPR diramal naik sebanyak 50 mata asas

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Kadar dasar semalaman (OPR) diramal naik sebanyak 50 mata asas. Sekiranya dilaksanakan, OPR bakal meningkat kepada 2.50 peratus.

Menurut Ambank Research, perkara itu dijangka diputuskan pada Mesyuarat Dasar Monetari bulan hadapan.

Ramalan dibuat firma penyelidikan itu berdasarkan keadaan semasa.

Firma tersebut turut mengunjurkan inflasi keseluruhan negara berada antara 2.8 peratus dan 3.0 peratus tahun ini.


(Foto hiasan)

Harga siling baharu sedikit sebanyak mencerminkan harga pasaran sebenar semasa untuk ayam antara RM10 dan RM12 sekilogram. Pengenalan semula harga siling baharu bagi ayam diharap mencerminkan harga pasaran sebenar antara RM10 dan RM12 sekilogram.

Penjual diharap mampu menampung harga baharu tersebut, tanpa menjejaskan aliran tunai masing-masing dan mengurangkan tekanan secara langsung dan tidak langsung terhadap kos sara hidup isi rumah.

Selain itu, penghapusan harga siling telur dan subsidi minyak masak sawit akan memberi impak minimum ke atas keseluruhan Indeks Harga Pengguna (IHP). Ini kerana telur dan minyak hanya menyumbang 0.9 peratus daripada keseluruhan IHP.