Friday, 19 August 2022

Kadar jangka pendek ditutup stabil dengan campur tangan BNM

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM46.02 bilion daripada RM47.53 bilion pagi ini, manakala bagi dana Islam, ia susut kepada RM26.67 bilion daripada RM29.07 bilion sebelumnya.


(Foto hiasan)

Terdahulu hari ini, bank pusat mengendalikan tiga tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan tiga tender repo berbalik.

Pada jam 4 petang, ia menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai sehingga RM45.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM26.5 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar semalaman Islam ialah pada 1.72 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.82 peratus dan 1.85 peratus.- BERNAMA