Friday, 19 August 2022

Subsidi kepenggunaan tertinggi, bukti keprihatinan kerajaan tangani kos sara hidup - FOMCA

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 26 Jun - Unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan berjumlah RM77.3 bilion menunjukkan tanggungjawab kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup rakyat.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Profesor Datuk Dr N. Marimuthu berkata pihaknya akan terus memperjuangkan isu subsidi dengan mengambil kira aduan pengguna yang terbeban dengan keadaan semasa.

(Presiden FOMCA, Profesor Datuk Dr N. Marimuthu)

"Tanggungjawab kerajaan untuk pastikan kestabilan harga barang dan memastikan barangan mencukupi di pasaran supaya rakyat tidak tertekan dengan kekurangan barangan contohnya barangan asas dan ubat-ubatan yang kurang di pasaran," katanya kepada RTM.

Sementara itu, pengguna menyifatkan kerajaan bersikap peka terhadap isu kenaikan harga barang dan mengambil langkah proaktif bagi menangani isu tersebut.

Sekali gus memastikan manfaat secara menyeluruh dinikmati Keluarga Malaysia.

(Hanisah Abdullah)

"Bil air dan bil elektrik memang membantu, yang itu memang banyak membantu bahagian itu, kita faham ekonomi teruk dan harga barang pun naik...tapi kena tengok setiap lapisan. Di bandar ini memang terasa sangat harga barang itu tambah lagi kalau ada keluarga besar," kata Hanisah Abdullah.

 

BERITA BERKAITAN : Meringankan kos sara hidup rakyat: Lebih RM77 bilion akan dibelanja untuk subsidi