Friday, 19 August 2022

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 25 Jun- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran tunai.

Bagi minggu yang baru berakhir, bank pusat memasuki pasaran setiap hari bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender Qard, tender program Murabahah Komoditi dan tender repo berbalik.


(Foto hiasan)

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu tersebut meningkat kepada RM43.92 bilion daripada RM41.60 bilion pada minggu terdahulu, dan ia menokok kepada RM26.69 bilion daripada RM24.29 bilion dalam sistem Islam.

Purata kadar semalaman Islam kekal tidak berubah pada 1.72 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.82 peratus dan 1.85 peratus.- BERNAMA