Friday, 19 August 2022

Petronas jenama minyak dan gas paling kukuh di dunia

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Petronas berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai jenama minyak dan gas paling kukuh di dunia untuk tahun ketiga berturut-turut.

Berdasarkan laporan tahunan Brand Finance 2022, syarikat itu juga kekal dalam kelompok 10 jenama minyak dan gas global paling bernilai tahun ini.

Menurut firma perunding penilaian jenama global itu, Petronas berada pada kedudukan baik untuk terus memperkukuh jenamanya.

Ia sejajar sasaran syarikat untuk mempelbagaikan pilihan tenaga, seiring aspirasi mencapai matlamat karbon sifar bersih menjelang 2050.

(Foto hiasan)

Petronas dalam kenyataan menyifatkan, kedudukan itu disumbang prestasinya dalam Indeks Kekukuhan Jenama yang meningkat daripada 87 tahun lalu kepada 87.7 pada 2022.

Brand Finance memberi penilaian ke atas ekuiti pihak berkepentingan, merangkumi data penyelidikan pasaran asal daripada lebih 100 ribu responden di di 35 negara dan merentasi hampir 30 sektor.