Friday, 19 August 2022

FGV komited jadi peneraju perniagaan tani lestari di dunia

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Jun - FGV Holdings Bhd (FGV) kekal komited untuk terus melabur dan berkembang ke arah perniagaan tani yang lestari dengan sinergi lebih meluas.

Syarikat itu juga mahu memberi tumpuan kepada aktiviti perniagaan yang lebih bernilai tinggi bagi mencapai pulangan lebih stabil.

FGV dalam kenyataan menjelaskan, itu antara resolusi yang diluluskan pemegang sahamnya semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 yang berlangsung secara maya semalam.

FGV berhasrat menjadi antara peneraju perniagaan tani lestari di dunia dengan jenama produk bereputasi tinggi dan keupayaan pengedaran yang kukuh.


(Foto fail)

Pada masa sama, syarikat tersebut berhasrat mengubah naratif kelapa sawit Malaysia dengan memastikan pertimbangan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) terus menjadi keutamaan dalam hal ehwal syarikat.

Selain memperjuangkan kebaikan minyak sawit mampan di peringkat global, usaha itu juga bertujuan memenuhi keperluan yang semakin meningkat.