Friday, 19 August 2022

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil disokong operasi BNM

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM48.15 bilion dalam sistem konvensional dan RM29.64 bilion dalam dana Islam.


(Foto hiasan)

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional meliputi tender RM2 bilion bagi tujuh hari, tender RM1 bilion untuk 14 hari dan tender RM500 juta bagi 31 hari.

Bank pusat juga akan menjalankan dua tender Qard merangkumi tender RM1.7 bilion bagi tujuh hari dan tender RM800 juta untuk 14 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM43.7 bilion dan tender semalaman Murabahah RM26.1 bilion.-BERNAMA