Friday, 19 August 2022

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada awal dagangan

  • Published in Ekonomi

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Kontrak niaga hadapan (FKLI) FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatatkan prestasi tinggi semasa awal dagangan pada Jumaat, menjejaki pergerakan di pasaran tunai.

Pada 9.20 pagi, Jun 2022 menambah 6.0 mata kepada 1,431; Julai 2022 meningkat 4.5 mata kepada 1,430; September 2022 menokok 9.5 mata kepada 1,425 manakala Disember 2024 naik 6.5 mata kepada 1,424.50.


(Foto fail)

Jumlah dagangan 1,174 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 38,831 kontrak.

Pada 9.38 pagi, FBM KLCI yang menjadi penanda aras meningkat 3.02 mata kepada 1,434.07 daripada 1,431.05 ketika ditutup pada Khamis. -BERNAMA