Saturday, 25 June 2022

Pitih Emas: Koperasi Permodalan Kelantan Berhad sasar 20,000 akaun melabur

  • Published in Ekonomi

(Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kelantan, Zainudin Mohamed (Tiga dari kiri)

KOTA BHARU, 23 Jun - Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (PKB) menyasarkan 20,000 akaun membuat pelaburan emas digital membabitkan jumlah pembelian RM2.5 juta menerusi aplikasi 'Pitih Emas' pada tahun ini.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kelantan, Zainudin Mohamed berkata, pelaburan emas serendah RM10 itu mampu membantu masyarakat mengukuhkan kewangan selain beri pulangan jangka panjang.

"Perkara ini kita boleh bawa kepada produk yang lain seperti untuk dompet digital yang sekarang boleh menyimpan emas ataupun kita hendak ke Ah-Rahnu sekarang pun cagarannya dalam emas mungkin selepas ini boleh dibuat secara dalam talian. Inilah peluang untuk kita tebus pasaran lebih luas," katanya di sini selepas Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kelantan.

 

Beliau berkata, pelaburan berkenaan layak dan terbuka kepada semua pihak dan bukan terhad kepada ahli koperasi.

Menerusi aplikasi pelaburan emas digital yang pertama di Kelantan ini, pelanggan boleh menyemak harga emas secara langsung.