Saturday, 25 June 2022

MATTA perkenal aplikasi MATTA Online

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) memperkenalkan aplikasi pasaran pelancongan dalam talian, MATTA Online.

Dibangunkan bersama rakan teknologinya, Kumpulan Fusionex, aplikasi itu membolehkan ahli MATTA memasarkan produk secara terus kepada pengguna selaras permintaan yang meningkat bagi perjalanan domestik dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh berkata, pelancaran MATTA Online akan menyokong pemulihan dan daya tahan pemain industri terutama perusahaan kecil sederhana melalui teknologi digital.

(Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh bercakap pada sidang media 
selepas pelancaran aplikasi MATTA Online)

Aplikasi itu juga membolehkan pengguna membuat transaksi menerusi platform berlesen, sekali gus melupuskan penipuan internet dan ejen pelancongan tidak berlesen.

"Akan ada ejen pelancongan, hotel, resort, taman tema dan banyak lagi tempat yang berbeza, apa yang kami mahu lakukan ialah kami ingin memastikan ini, tahu bagaimana untuk mendekati komuniti belia yang sedang mencari dalam talian, yang telah pergi ke Instagram, Facebook, Google, dan membantu agensi pelancongan tempatan kita untuk mempamerkan produk terbaik mereka dalam talian," kata beliau selepas pelancaran aplikasi berkenaan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang, di sini.

MATTA Online disasar menjangkau sehingga 16.29 juta rakyat Malaysia dan pengguna global.