Saturday, 25 June 2022

Nilai jualan Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2022 RM2.4 bilion - DOSM

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Nilai jualan bagi Bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini berjumlah RM2.4 bilion.

Data tersebut diperolehi menerusi Kajian Khas Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2022, dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kajian yang bermula 3 hingga 29 April lalu, melibatkan semua bazar yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

DOSM turut memaklumkan, bagi tempoh tersebut lebih 156,300 peluang pekerjaan diwujudkan.

Selangor mendominasi nilai jualan bagi Bazar Ramadan dan Aidilfitri, menyumbang RM643.1 juta dengan bilangan pekerja seramai 31,563 orang.

Ini diikuti Kuala Lumpur dan Johor, masing-masing merekodkan nilai jualan RM379.5 juta dan RM301.9 juta.

Ketiga-tiga negeri tersebut menyumbang 55.5 peratus kepada nilai jualan keseluruhan.


GAMBAR HIASAN