Saturday, 25 June 2022

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM43.65 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.31 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat hari ini akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada dua tender RM1 bilion setiap satu, masing-masing untuk jangka masa selama tujuh dan 14 hari.

(Foto hiasan)

Ia juga akan mengendalikan tiga tender Qard, terdiri daripada tender RM1.5 bilion selama tujuh hari, RM800 juta selama 14 hari dan tender RM200 juta selama 21 hari.

Selain itu, BNM akan melaksanakan satu tender repo berbalik sebanyak RM950 juta untuk tempoh 62 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan sehingga RM41.6 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM20.8 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA