Saturday, 25 June 2022

49,603 unit kenderaan terjual pada Mei, meningkat 5% berbanding bulan sama tahun lalu

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 20 Jun - Sebanyak 49,603 unit kenderaan telah terjual Mei lalu, meningkat sebanyak 5 peratus berbanding 47,207 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Namun ia menyaksikan penurunan sebanyak 12 peratus berbanding April yang mencatat jualan sebanyak 56,213 unit kenderaan.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memaklumkan, prestasi didorong faktor kekurangan cip dan komponen elektronik, selain gangguan logistik.

(FOTO FAIL)

Selain itu, faktor hari bekerja pendek menjelang cuti Aidilfitri pada Mei juga turut mempengaruhi jualan.

"MAA mengunjurkan jualan bakal meningkat Jun ini didorong pembeli yang cuba memanfaatkan insentif pengecualian cukai jualan kenderaan yang berakhir 30 Jun selain didorong kempen jualan yang agresif," kata MAA menerusi kenyataan.

Bagaimanapun, MAA menjangkakan isu gangguan bekalan melibatkan cip dan komponen elektronik akan terus memberi kesan ke atas pengeluaran.