Saturday, 25 June 2022

Kedudukan kewangan Johor stabil

  • Published in Ekonomi

ISKANDAR PUTERI, 20 Jun- Kedudukan kewangan Kerajaan Johor pada 2020 adalah stabil dengan baki terkumpul wang disatukan pada akhir tahun meningkat kepada RM2.679 bilion, berbanding RM2.653 bilion pada 2019.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid menerusi kenyataan memaklumkan, baki akaun hasil disatukan pula meningkat kepada RM1.204 bilion pada 2020, berbanding RM1.194 bilion pada 2019.

Selain itu, prestasi kutipan zakat bagi 2017 hingga 2020, berada dalam keadaan baik dengan RM34.26 juta direkodkan, lebih 105.5% daripada sasaran ditetapkan.

Pengurusan hartanah komersial Perbadanan Johor (JCorp) juga mencapai objektif ditetapkan, menjana pendapatan dan menjadi pemangkin ekonomi negeri.

Namun, rumusan empat pengauditan prestasi terhadap pengurusan aktviti jabatan/agensi negeri, mendapati elemen kerugian RM44.24 juta serta elemen pembaziran RM0.75 juta.

Juga elemen pembayaran tidak teratur RM80.42 juta, hingga menyebabkan ketirisan wang awam berjumlah RM125.41 juta.

Ia membabitkan pengurusan pelaksanaan kerja kecil dan bekalan bawah peruntukan ADUN, pengurusan penyenggaraan pusat pentadbiran kerajaan negeri, pengurusan sekolah agama dan pengurusan hartanah komersial.

(Foto hiasan)