Saturday, 25 June 2022

Majlis Getah Malaysia fokus eksport alternatif produk getah selain sarung tangan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Majlis Getah Malaysia (MRC) memberi tumpuan kepada pengeksportan produk getah lain bagi mengimbangi permintaan yang berkurangan terhadap sarung tangan getah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Hizwan Ahmad menyatakan, ini memandangkan permintaan dan penggunaan sarung tangan getah semakin rendah berikutan peralihan negara ke fasa endemik.

"Kami juga mempunyai produk yang pelbagai yang disalurkan bagi tujuan perubatan, malah ada yang digunakan untuk pembuatan tayar dan sistem getah,

"Ini digunakan untuk bangunan-bangunan bagi mengelakkan kesan yang besar sekiranya berlaku gempa bumi," jelasnya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MRC di ibu negara.

(Ketua Eksekutif Majlis Getah Malaysia (MRC), Nor Hizwan Ahmad)

Pada masa sama, pihaknya akan turut meneroka pasaran baharu bagi produk sarung tangan getah tempatan.

MRC juga katanya, sedang memantau rapat harga sarung tangan getah agar permintaan terhadap produk itu kekal stabil.