Monday, 27 June 2022

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil disokong operasi BNM

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Mei - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM53.15 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.75 bilion dalam dana Islam.

(Foto hiasan)

Bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional, yang terdiri daripada tender bernilai RM2 bilion bagi tujuh hari dan dua tender RM1 bilion, masing-masing untuk 14 dan 31 hari.

BNM juga akan menjalankan tiga tender Qard, terdiri daripada tender yang bernilai RM1.2 bilion bagi tujuh hari, tender RM1.4 bilion untuk 14 hari dan tender RM600 juta bagi 21 hari.

Ia juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai RM48.1 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM22.5 bilion.- BERNAMA