Monday, 27 June 2022

Sime Darby perkenal VOP, kurangkan kesan kenaikan kos bahan mentah pembinaan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Pengenalan Kontrak Perubahan Harga (VOP) antara langkah dilaksana syarikat pemaju hartanah, Sime Darby Property bagi mengurangkan kesan kenaikan kos bahan mentah pembinaan.

Pengarah Urusannya, Datuk Azmir Merican berkata ia bertujuan memperkasa subkontraktor agar tidak terkesan tekanan kos sekaligus tidak menjejaskan durasi projek.

"Kami merupakan pemaju pertama memperkenal VOP.

Jika kos barangan meningkat, kami akan menampung peningkatan oleh subkontraktor dan sama juga kalau kos menurun kami juga akan menikmati penjimatan," katanya pada sidang media prestasi kewangan suku pertama tahun 2022 yang berlangsung secara maya.

(Datuk Azmir Merican, Pengarah Urusan Sime Darby Property)

Tambah beliau, selain VOP, syarikat juga mengamalkan kawalan kos ke atas bahan binaan tanpa mempengaruhi kualiti produk.

Mengenai presasi syarikat pada suku pertama tahun ini, beliau mengumumkan Sime Darby Property mencatat keuntungan bersih sebanyak RM51.84 juta dengan peningkatan jualan RM888.9 juta didorong segmen hartanah industri.