Monday, 27 June 2022

TERAJU kekal fokus bantu usahawan bumiputera

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 25 Mei - Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) kekal fokus dengan pelbagai inisiatif membantu usahawan Bumiputera ketika fasa peralihan ke endemik.

Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Md Silmi Abd Rahman yakin penyertaan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan borong dapat dipertingkatkan.

(Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Md Silmi Abd Rahman)

"Kita masih tekankan kepada bidang peruncitan dan borong dimana kerjasama kita dengan Petronas Dagangan kita berharap dapat melahirkan usahawan-usahawan runcit melalui Mesra Mart. Kita akan mula inisiatif tersebut dalam satu ke dua bulan lagi dan kita telah berbincang mengenai perkara-perkara tersebut lebih lanjut," katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TERAJU, di sini.

Sementara itu, TERAJU turut berusaha membantu usahawan Bumiputera memperluaskan pasaran ke luar negara termasuk Timur Tengah dan Eropah.

Ini termasuk mengintai peluang dalam bidang berimpak tinggi seperti Aeroangkasa.

"InsyaAllah TERAJU akan mengambil bahagian dalam pameran udara di London pada bulan Julai ini kerana bidang-bidang ini kalau kita sedari, 70% pemainnya adalah Bumiputera seperti juga bidang oil & gas," katanya.