Tuesday, 21 March 2023

ECERDC yakin capai RM70 bilion pelaburan swasta menjelang 2025

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Mei- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) optimis mampu mencapai sasaran pelaburan swasta bernilai RM70 bilion menjelang 2025.

Ini berikutan, pihaknya bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dan persekutuan dalam pelaksanaan pembangunan modal insan yang mengambil kira kesejahteraan rakyat, sejajar Pelan Induk ECER 2.0.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baidzawi Che Mat menyasarkan pelaburan komited RM14 bilion tahun ini dengan Pahang dijangka mencatat pelaburan tertinggi bernilai RM8 bilion.

"Di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Johor menyakiskan iklim pelaburan yang berbeza, misalnya di Kelantan fokusnya juga berbeza. Kalau di Pahang pula lebih banyak pelaburan daripada China,

"Namun apa yang penting bukan hanya menerima pelaburan yang banyak namun berkualiti dalam usaha menghasilkan pekerjaan," jelas Datuk Baidzawi Majlis Makan Malam bersama media sempena Aidilfitri di ibu negara.

(Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat)

ECERDC juga membuat suai padan perkerjaan dengan kerjasama sektor perindustrian dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Langkah itu bagi mewujudkan peluang pekerjaan di pantai timur semenanjung.