Monday, 27 June 2022

Koperasi perlu ceburi perniagaan francais, bantu masyarakat tempuh cabaran kewangan

  • Published in Ekonomi

SEPANG, 24 Mei- Koperasi tempatan digalakkan menceburi perniagaan francais produk pembiayaan mikro bagi membantu masyarakat dan peniaga mikro menempuhi cabaran kewangan dalam kelangsungan hidup.

Menurut Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SKM, Zazali Haron, perniagaan ini bukan sahaja mempunyai jaminan risiko yang minimum, malah memenuhi segala keperluan tunai segera sebagai alternatif sumber modal perniagaan mereka.

"Kamu mengamalkan konsep kerjasama, sekiranya ada yang menerima bantuan lebih akan diberikan kepada masyarakat,

"Bahkan, tiada istilah untuk menindas dan mengenakan bayaran yang tinggi untuk mendapatkan untung. Kerana koperasi ini merupakan milik bersama, itulah konsep sebenar koperasi," katanya.

Zazali berkata demikian selepas Majlis Perasmian Ar-Rahnu X'Change Taman Harmoni di Sepang, Selangor.

(Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Zazali Haron)

Sejak dilancarkan, 41 koperasi menyertai francais itu dengan 79 cawangan di seluruh negara.

Secara keseluruhan semua rangkaian Ar-Rahnu X'Change menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan mencatat pencapaian pengeluaran pembiayaan terkumpul sehingga 30 April 2022 berjumlah RM372 juta dengan baki pembiayaan RM605 juta.