Sunday, 26 June 2022

Bank digital, cabaran baharu kepada perbankan konvensional

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 20 Mei - Kewujudan bank digital membawa cabaran baharu kepada perbankan konvesional.

Antaranya, cabaran kos selain aspek sumber manusia melibatkan bakat dalam bidang teknologi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali menegaskan, pihaknya berhasrat mencungkil lebih ramai bakat bagi menyokong keupayaan digital syarikat.

(Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali)

"Kos kami akan meningkat. Juga ada isu dengan bakat kami yang mungkin keluar menyertai pemain baharu ini. Terdapat kekurangan bakat dalam bidang teknologi. Jadi kami nak melatih dan mengekalkan bakat bidang ini," katanya dalam sidang media kolaborasi antara Affin dengan MyTheo, platform penasihat robo, di sini.

Bulan lalu, Bank Negara mengumumkan pemberian lesen bank digital kepada lima entiti.

Ia menawarkan pilihan bagi pelanggan kategori premiumnya untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan menggunakan kaedah automasi demi pulangan jangka panjang.