Sunday, 26 June 2022

PUNB pelbagaikan inisiatif, perkasa ekonomi usahawan bumiputra

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 Mei- Pelbagai inisiatif dilaksanakan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dalam memastikan para usahawan bumiputra memperkasa ekonomi mereka.

Menurut Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris, walaupun negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik, pihaknya terus komited membantu para usahawan yang masih memerlukan bantuan.

"Selain daripada itu kita juga mengambil kira sekiranya keperluan untuk moratorium bagi mereka yang tertentu, moratorium terhad, maknanya kalau mereka ada masalah lagi di musim endemik ini, maka sila datang jumpa dengan kita untuk kita berbincang apa keperluan dari segi moratorium itu, jangka masa berapa lama dan sebagainya," katanya.

Sementara itu jelasnya, komitmen usahawan dalam membayar semula pinjaman bagi tiga bulan pertama tahun ini juga meningkat berbanding suku pertama tahun lalu.

"Suku pertama 2022 dengan suku pertama 2021, 'collection' kita mengatasi 2021 dengan hampir RM59 juta 'collection' kita dapat berbanding 2021 atau RM27 juta.

Melangkah ke hadapan, pihaknya juga mengadakan beberapa program pengantarabangsaan untuk menjadikan usahawan di bawah bimbingan mereka sebagai usahawan global.

Ahmad Nazlan ditemui dalam Majlis Jamuan Hari Raya PUNB di Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur.


(Ahmad Nazlan bersalaman bersama para tetamu pada Majlis Jamuan Hari Raya PUNB di Pusat Konvensyen,Kuala Lumpur)