Sunday, 26 June 2022

Subsidi petrol: Kerajaan kaji semula mekanisme

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 17 Mei- Kerajaan sedang mengkaji semula mekanisme subsidi petrol bagi menangani ketirisan.

Ini memandangkan subsidi tersebut lebih dinikmati golongan berpendapatan tinggi berbanding golongan B40.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan subsidi petrol tersebut perlu lebih bersasar dan membantu mereka yang benar-benar memerlukan.


(GAMBAR FAIL)

"Subsidi ini menyeluruh memanfaatkan semua orang termasuk golongan kaya. Subsidi jumlah ini boleh guna untuk inisiatif lain untuk golongan rentan. Golongan kaya menikmati lebih subsidi dengan penggunaan lebih besar RM4 bilion setakat Mac 2022 digunakan golongan T40, 20%. RM0.53 pergi ke T20 dan RM0.15 kepada b40," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas berkenaan Kadar Dasar Semalaman Negara (KDNK) di ibu negara.

Dalam perkembangan lain mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dinaikkan sebanyak 25 mata asas pula, Zafrul berkata ia tidak membebankan rakyat.

Beliau menyatakan OPR tersebut masih pada kadar rendah berbanding tempoh pra pandemik pada 2019.

"Ya, ia akan meningkatkan jumlah bayaran ansuran rumah tetapi tidak membebankan dan kadar OPR juga manfaatkan deposit mewakili sebahagian besar M40 menerusi peningkatan faedah keuntungan yang diterima pendeposit," katanya.

Ujarnya, sekiranya OPR perlu dinaikkan lagi, Bank Negara Malaysia akan melakukannya secara beransur-ansur untuk memastikan trend pertumbuhan ekonomi tidak terbantut.


(GAMBAR FAIL)