Saturday, 25 June 2022

India larang eksport gandum, Malaysia dan negara pengimport terkesan

  • Published in Ekonomi

PASIR MAS, 16 Mei- Malaysia akan turut menerima impak berikutan keputusan India melarang eksport gandum.

Kesannya, harga barangan tersebut di pasaran negara akan meningkat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata kenaikan harga itu bukan hanya dialami di Malaysia, malah semua negara pengimport.

"Tempat kita ni kita makan juga gandum tapi bukan makanan asasi yang nombor satu dalam negara kita tapi kita tak nafikan mana-mana pihak mana-mana negara macam jagung bila Brazil, Argentina, Chile bila dia berhenti eksport kecuali sedikit sahaja maka bahan ini melambung dan untuk makluman insyallah negara kita dalam perancangan untuk kita tanam jagung secara besar-besaran dalam tempoh terdekat," katanya.

India melarang eksport gandum mulai Jumaat lalu berikutan gelombang haba akibat cuaca panas terik hingga menjejaskan hasil tanaman.

Sekaligus, mengakibatkan harga jualan di pasaran tempatan mencecah rekod paras tertinggi.


(GAMBAR FAIL/ AFP)