Saturday, 25 June 2022

Kenaikan OPR mampu imbangi kadar inflasi- Penganalisis Ekonomi

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Mei- Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR)sebanyak 25 mata asas mampu mengimbangi kadar inflasi negara.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali menyatakan inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) itu sekaligus membantu rakyat daripada terbeban dengan harga barangan yang terlalu tinggi.

"Jadi dia mengurangkan kita punya kuasa berbelanja supaya harga barangan itu tidak terlalu tinggi kerana permintaan yang tinggi. Bila duit banyak minta barang yang sikit, harga barang akan naik. Kalau kita hutang tinggi akan meningkatkan kadar keberhutangan kita," katanya.

Ujar Nuradli, walaupun peningkatan OPR akan mempengaruhi kadar pinjaman bank namun dijangka akan terus membantu mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.


(Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali)

Terdahulu, Jawatankuasa Dasar Monetari BNM memutuskan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus.

Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.