Saturday, 25 June 2022

MTUC gesa majikan segera laksanakan kadar gaji minimum

  • Published in Ekonomi

SUBANG JAYA, 14 Mei - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa semua majikan yang masih belum melaksanakan kadar gaji minimum RM1,500 untuk segera berbuat demikian.

Menurut Setiausaha Agong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor ini mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat dan secara tidak langsung membantu meringankan beban kewangan pekerja golongan B40.

(Setiausaha Agong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor)

"Sanggup membuat keputusan untuk menaikkan secara tinggi dan kita menerima kenaikan tu dengan hati terbuka.

"Tentulah kita akan terus memperjuangkan gaji minima ini kerana kita tahu dengan keadaan sekarang pun bila gaji minima naik, barangan pun sudah tentu naik," katanya selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja MTUC 2022, di sini.

Pelaksanaan gaji minimum seribu 500 ringgit telah berkuat kuasa pada 1 Mei dan telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan.