Thursday, 26 May 2022

Kadar jangka pendek kekal stabil minggu hadapan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 14 Mei - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu hadapan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.

Untuk minggu yang baru berakhir, BNM menjalankan operasi setiap hari bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender pasaran wang lelongan pelbagai kematangan, tender lelongan pelbagai kematangan Islam Qard, tender Program Murabahah Komoditi dan tender repo berbalik.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini meningkat kepada RM47.58 bilion daripada RM47.31 bilion yang dicatatkan semasa minggu sebelumnya, dan dalam sistem Islam, ia menokok kepada RM24.27 bilion berbanding RM23.6 bilion.

Purata kadar semalaman Islam berada pada 1.72%, manakala kadar satu, dua serta tiga minggu masing-masing pada 1.78, 1.82 dan 1.85%. -BERNAMA