Thursday, 26 May 2022

Pertumbuhan positif KDNK negara, selari penunjuk ekonomi negara - Pakar

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Ekonomi negara dijangka meneruskan pertumbuhan kukuh pada suku kedua tahun ini, seperti dicatatkan untuk tiga bulan pertama 2022.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berpandangan ia sekaligus meletakkan negara dilandasan tepat untuk mencapai pertumbuhan 5.3 peratus, bagi keseluruhan tahun ini.

(Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff)

"Pertumbuhan positif ini akan berterusan pada suku tahun kedua walupun kita melihat kadar inflasi akan jadi lebih tinggi dan situasi ringgit malaysia rendah berbanding dollar AS dan Singapura.

"Ini kerana saya melihat dengan pembukaan sempadan Antarabngsa, ini akan memungkinkan pergerakan lebih tnggi terutama pelancong asing yang akan kembali melawat negara kita sekaligus menyumbang kepada pelbagai sektor ekonomi dan industri seperti pelancongan, hiburan, pengangkutan dan peruncitan," katanya kepada RTM.

Tambah Razman, pertumbuhan positif sebanyak lima peratus bagi suku pertama tahun ini juga sudah dijangkakan, selari penunjuk ekonomi yang menggalakkan bagi tempoh berkenaan.