Thursday, 26 May 2022

Malaysia catat pertumbuhan KDNK 5.0 peratus suku tahun pertama 2022

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku tahun pertama 2022 berkembang 5.0 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku sebelumnya.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata prestasi itu disokong pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan, sementara pasaran tenaga buruh menunjukkan pemulihan berterusan.

Perdagangan luar juga terus mengembang di sebalik cabaran inflasi dan gangguan rantaian bekalan global.

(Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus)

Inflasi keseluruhan menyederhana kepada 2.2 peratus berbanding 3.2 peratus suku sebelumnya manakala inflasi teras meningkat 1.7 peratus selari tekanan ke atas kos.

"Malaysia masih mampu bertahan menghadapi tekanan luaran. Ini disokong jumlah akaun semasa yang stabil, status hutang semasa dan rizab antarabangsa yang mencukupi. Bank juga tetap berwaspada dengan sebarang aktiviti pasaran dan bersedia menggunakan instrumen yang ada untuk menangani sebarang gangguan terhadap sistem kewangan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media bersama Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berhubung Prestasi Ekonomi Suku Tahun Pertama 2022 di ibu negara hari ini.