Thursday, 26 May 2022

Kenaikan OPR tidak jejaskan industri automotif negara

  • Published in Ekonomi

SUBANG JAYA, 12 Mei - Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan menjejaskan industri automotif negara.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah kenaikan 25 mata asas OPR kepada dua peratus tidak akan memberi kesan negatif meskipun langkah berkenaan secara langsung akan mempengaruhi Kadar Pinjaman Asas (BLR) atau Kadar Asas (BR).

"Walaupun 25 mata asas, mungkin kalau secara langsung itu agak tinggi. Tetapi tapi saya rasa dengan keadaan suasana sekarang dengan kemampuan ekonomi pun terus berkembang, saya rasa pemilik atau pelanggan lebih memikirkan keperluan dan kos ini adalah sebahagian daripada untuk memiliki kereta.

(Roslan dalam sidang media selepas Majlis pelancaran model baharu Proton Saga 2022)

"Saya rasa buat masa sekarang tidak ada kesan. Jika ada kesan pun akan minima untuk permulaan seperti biasa,tetapi selepas beberapa bulan pasaran akan stabil," kata Roslan di sini.

Model baharu ini menyediakan ciri keselamatan dan kualiti yang dipertingkat dalam reka bentuk yang diperbaharui.

Harga atas jualan tanpa insuran yang ditawarkan bermula dari RM34,400 hingga RM44,300.