Logo

Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 12 Mei - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM59.68 bilion dalam sistem konvensional dan RM29.42 bilion dalam dana Islam.


(Foto hiasan)

Bank pusat akan menjalankan tender lelongan matang pelbagai bernilai RM6 bilion untuk lima hari hingga 32 hari dan tender Qard lelongan matang pelbagai Islam (iRMA) bernilai RM7 bilion untuk tujuh hingga 32 hari.

Ia turut mengumumkan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM52.7 bilion dan RM21.4 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.