Tuesday, 29 November 2022

Pinjaman mudah bagi industri ladang hutan, RM1.4 bilion diperuntuk dalam dua fasa

  • Published in Ekonomi

TANAH MERAH, 14 Mac- Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menyediakan peruntukan pinjaman mudah berjumlah lebih RM1.4 bilion bagi membantu pengusaha industri ladang hutan bermula 2007 sehingga 2025.

Ketua Pengarah MTIB, Mahpar Atan berkata, pinjaman itu melibatkan dua fasa pelaksanaan dengan objektif utama bagi mengurangkan kebergantungan terhadap hutan asli selain merancakkan pembangunan perladangan hutan di seluruh negara.

Setakat ini, lebih 129,000 hektar telah dibangunkan melibatkan 87 perjanjian dengan peruntukan berjumlah RM940 juta pada fasa pertama.

Manakala untuk fasa kedua bermula pada 2021 sehingga 2025, kerajaan memperuntuk pinjaman tambahan sebanyak RM500 juta lagi bagi menjayakan program berkenaan.

"Bila ladang hutan dapat di tubuhkan secara lestari jadi pergantungan kita pada hutan asli dapat di kurangkan jadi pembangunan industri kayu akan jadi mampan dan kita dapat kurangkan la penebangan hutan daripada hutan aslI," kata Mahpar selepas merasmikan Projek Perladangan Paulownia Huu Haq Resources Sdn. Bhd, (Huu Haq) di Hutan Simpan Sokor Taku, Tanah Merah.


(Ketua Pengarah MTIB, Mahpar Atan merasmikan Projek Perladangan Paulownia Huu Haq Resources Sdn. Bhd, (Huu Haq) di Hutan Simpan Sokor Taku, Tanah Merah)

Ujarnya, permohonan akan di pertimbangkan membabitkan 13 jenis spesis pokok antaranya getah, buloh, jati selain paulownia.

Projek perladangan berkenaan membabitkan kawasan seluas 500 hektar dengan membekal dan menjual benih kepada pengusah perladangan tanaman paulownia.

Di China dan Jepun, pokok paulowniadigunakan secara meluas bagi menghasilkan perabot dan barangan hiasan, selain turut digunakan dalam industri pembinaan marin dan pembuatan bot.