Tuesday, 17 May 2022

Perodua sasar jualan kenderaan 247,800 unit tahun ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 26 Januari- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan jualan kenderaan sebanyak 247,800 unit, tahun ini.

Sasaran syarikat automotif itu berdasarkan jangkaan peningkatan dalam bahagian pasarannya kepada 40.6% pada tahun ini berbanding 37.4% tahun lepas.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, sasaran itu dipacu permintaan yang kekal kukuh terhadap ke semua model kenderaan, tahun ini.

Selain itu, inisiatif pengecualian cukai jualan yang diperkenal kerajaan juga antara faktor pembelian kenderaan meningkat.

"Berdasarkan sasaran, sebenarnya kita bukan sahaja melihat kemampuan Perodua tetapi turut ambil kira ekosistem. Terutama ekosistem vendor, ke dua banjir. Kami tidak boleh memulakan operasi dan pengeluaran tinggi sebab memerlukan masa untuk menstabilkan operasi," jelas Zainal dalam Sidang Media Tinjauan Pasaran Perodua 2022.

Tambahnya, Perodua turut menyasarkan pengeluaran kenderaan sebanyak 265,900 unit tahun ini berbanding 193,500 unit pada tahun lepas.