Logo

Pemulihan jangka panjang perlu penstrukturan semula

KUALA LUMPUR, 25 Januari - Penstrukturan semula perlu dilakukan segera bagi meletakkan Malaysia di landasan kukuh ke arah pemulihan untuk jangka panjang.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, ini merangkumi langkah proaktif dan progresif yang mampu menjadikan negara lebih kompetitif.

Beliau berucap pada Forum Tinjauan Ekonomi dan Strategik Malaysia 2022 anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific secara maya.

Transformasi terutamanya dalam ekonomi digital perlu dilaksanakan bagi memastikan negara tidak ketinggalan dan kehilangan pelabur.

Persekitaran perniagaan sentiasa dinamik dan rakyat perlu bersedia menyesuaikan diri selain berusaha merapatkan jurang dalam pasaran serta menawarkan nilai tambah kepada pengguna.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.