Tuesday, 17 May 2022

Senheng mula disenarai di Pasaran Utama pada harga 90 sen

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 25 Januari - Peruncit elektrik dan elektronik pengguna, Senheng New Retail Bhd, memulakan penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

6.19 juta sahamnya didagangkan, pada harga 90 seunit, diskaun 17 sen daripada harga tawaran sebanyak RM1.07.

Senheng adalah syarikat pertama yang disenaraikan di Pasaran Utama tahun ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Lim Kim Heng berkata, syarikat itu menyasarkan untuk mengumpul RM267.5 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO).

Sehingga kini, Senheng mengendalikan lebih 100 kedai di seluruh negara, menawarkan lebih daripada 10,000 unit penyimpanan stok daripada lebih 280 jenama terkenal.

Sekali gus menjadikannya peruncit elektronik pengguna terbesar di Malaysia.