Sunday, 22 May 2022

Rizab antarabangsa BNM AS$116.2 bilion setakat 14 Januari 2022

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 24 Januari-
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$116.2 bilion (RM486.88 bilion) pada 14 Januari 2022, menurun sedikit berbanding AS$116.3 bilion (RM487.30 bilion) pada 31 Disember lalu.

Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing sebanyak AS$102.6 bilion, kedudukan rizab IMF, AS$1.4 bilion, hak pengeluaran khas, AS$6 bilion, emas pula AS$2.3 bilion dan aset lain sebanyak AS$3.9 bilion.

Aset pula antaranya terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR berjumlah RM484.17 bilion, kertas kerajaan, RM12.21 bilion, deposit dengan institusi kewangan, RM875.33 juta pinjaman dan pendahuluan, RM22.87 billion, tanah dan bangunan RM4.16 bilion, manakala aset lain berjumlah RM21.30 bilion.

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab RM182.21 bilion , mata wang dalam edaran RM153.10 bilion, manakala deposit oleh institusi kewangan pula berjumlah RM145.40 bilion.