Logo

NIA tumpu sektor baharu, realisasi transformasi digital dan revolusi industri 4.0


KUALA LUMPUR, 24 Januari - Bagi memastikan prestasi perdagangan dan pelaburan negara kekal kondusif, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mempergiat usaha menarik pelaburan menerusi Aspirasi Pelaburan Negara (NIA).

Jelas Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, untuk tahun 2022, NIA akan memberi tumpuan khusus kepada sektor ekonomi baharu merangkumi elektrik dan elektronik, farmaseutikal, ekonomi digital, dan aeroangkasa.

Aspek transformasi digital dan revolusi perindustrian 4.0 juga akan dijadikan komponen dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2022-2033 yang bakal dimuktamadkan.

"MITI akan terus mendukung industri untuk merealisasikan transformasi digital dan revolusi industri 4.0 melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2022-2033 (IMP)."

"Antara 'game changers' yang dikenal pasti adalah 'smart manufacturing,everything-as-a service and next-gen mobility'," katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Perdana MITI dan Agensi 2022 di ibu negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.